Malaysia mahu teroka kerjasama dengan ADB – PM

Dari Penulis

MALAYSIA berharap dapat meneroka kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam bidang tenaga dan perubahan iklim, terutama pembinaan keupayaan dan bantuan teknikal serta ekonomi hijau.

Hasrat itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan hormat Presiden ADB Masatsugu Asakawa di luar program Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan itu turut membincangkan kerangka perjanjian kerjasama yang melibatkan sektor swasta dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Asakawa pula menyatakan sokongan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara bebas karbon menjelang 2050 dan menyatakan ADB akan menerbitkan laporan pelan tindakan mengenai perubahan iklim yang boleh Malaysia teroka peluang kerjasama.

Baca artikel berkaitan: PM ketengahkan isu Myanmar di Sidang Kemuncak ASEAN

Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan kerjasama sedia ada antara Malaysia dan ADB dalam bidang bandar hijau, serta pembiayaan mampan dan hijau bagi perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di Malaysia.

ADB juga berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan Malaysia melalui Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA).

Asakawa turut merakamkan penghargaan ke atas sumbangan Malaysia kepada Dana ADB selama ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This