SEORANG lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam sungai dekat Jambatan Kota Lama, Jalan Tengku Kelana, Klang, pada Isnin ditemui maut di dalam perangkap sampah pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi lemas.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian mangsa dihanyutkan di sungai pada pukul 6.13 petang.
Katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba telah mengunakan dua buah bot untuk menyusur sungai sejauh dua kilometer pada hari Selasa, namun mangsa tidak ditemui.
“Pada pukul 11.07 pagi tadi, bomba menerima makluman bahawa mangsa ditemui oleh pekerja kontraktor pembersihan di dalam perangkap sampah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram