Siasatan ikut undang-undang, bukan menekan atas faktor politik – SPRM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa siasatan yang dijalankan agensi tersebut bertujuan menekan individu tertentu atas faktor politik.

Sebaliknya, SPRM dalam kenyataan menegaskan, siasatan atau proses selepas pertuduhan dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.

Katanya, ia berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional.

Sehubungan itu, SPRM berkata, tohmahan seorang bekas menteri terhadap agensi penguatkuasaan itu kononnya sengaja mengada-adakan siasatan adalah tidak benar sama sekali dan menjejaskan imej SPRM.

SPRM menjelaskan, semua siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan maklumat serta bukti-bukti sahih yang diperolehi agensi tersebut.

“Tohmahan oleh seorang bekas menteri yang mengatakan SPRM sengaja mengada-adakan siasatan bagi tujuan pertuduhan untuk mencemarkan namanya adalah tidak benar sama sekali dan menjejaskan imej suruhanjaya ini.

Baca artikel berkaitan: Hairan namanya disebut, Hamzah dakwa pertuduhan mahu rosakkan nama baiknya

“Setiap tindakan sama ada semasa proses siasatan atau selepas pertuduhan ia dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang berdasarkan prinsip bebas, telus dan profesional serta tidak sesekali bertujuan menekan mana-mana individu tertentu atas faktor politik atau seumpamanya.

“Kertas-kertas siasatan yang sudah dilengkapkan dengan penemuan elemen-elemen kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 serta akta berkaitan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa kes pertuduhan membabitkan ahli perniagaan Sim Choo Thiam yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Hamzah turut mengesahkan beliau dipanggil SPRM semalam bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan membabitkan ahli perniagaan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari sama.

Choo Tiam mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta dan tiga tuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This