Murid Tingkatan 3 dibuli kerana tak hormat senior – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah memanggil kesemua murid yang terlibat dalam kejadian memukul seorang murid lelaki Tingkatan Tiga di Kemensah Height Embun, Taman Melawati pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi, mangsa telah ditumbuk di dada kiri, dicekik, ditendang di belakang badan oleh seorang murid lelaki Tingkatan Lima di tangga sekolah.

“Mangsa telah diugut akan disiku di muka sekiranya tidak berjumpa di Anjung Selera.

“Pada pukul 3 petang, mangsa telah diajak oleh lima suspek ke Bukit Mar Mar, Kemensah sebelum dipukul.

“Salah seorang suspek menumbuk muka mangsa sebanyak empat kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kejadian tersebut disaksikan kira-kira 10 hingga 15 orang murid lain.

Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan di dahi, kepala, luka kening dan rahang kiri serta bengkak pada tengkuk.

“Punca kejadian disebabkan selisih faham tidak hormat antara mangsa dan sekumpulan pelajar Tingkatan Lima,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This