Guna Google Maps punca BMW X5 salah jalan sebelum dilanggar treler

Dari Penulis

SEBUAH BMW X5 rosak teruk dilanggar lori treler selepas memandu lawan arus gara-gara menggunakan aplikasi Google Maps ketika melalui Jambatan Mega Steel dekat Olak lempit, Banting, pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pemandu BMW berusia 58 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Megasteel menghala keluar ke arah Olak Lempit.

Katanya, pemandu BMW yang pertama kali melalui jalan tersebut telah menggunakan apikasi Google Maps dan apabila sampai di lokasi kemalangan tiba-tiba dilanggar sebuah treler dari arah hadapan.

“Kemudian kereta BMW X5 tersebut baru menyedari bahawa dia telah tersalah masuk laluan sehala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, pemandu BMW tidak mengalamai sebarang kecederaan manakala pemandu treler berusia 61 tahun juga tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“BMW mengalami kerosakan dibahagian hadapan dan sisi sebelah kanan manakala treler tidak mengalami sebarang kerosakan. Kes disiasat di bawah Rule 8 LN 166/59,” tambahnya.

Sebarang maklumat mengenai kejadian kemalangan bolehlah menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Shafiq Mohd Tahir di talian 03-31872222.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This