KAJI selidik ‘Skor Ketelusan Yayasan Malaysia’ dijalankan oleh Wiki Impact mendapati, Yayasan Bank Rakyat (YBR) merupakan di antara yayasan yang telus di negara ini.
Ini selepas YBR memperoleh skor ketelusan tinggi iaitu 100 peratus dengan penarafan A+.
Berdasarkan kaji selidik tersebut, YBR memperoleh skor penuh iaitu 25 peratus dalam bahagian Kesan Laporan, Kewangan, Sosial Media dan Laman Web.
Kaji selidik tersebut melaporkan sebanyak tujuh yayasan memperoleh skor ketelusan 100 peratus dengan penarafan A+.
Mereka adalah WWF Malaysia, Yayasan TFM, YBR, Yayasan Basmi Kemiskinan, Yayasan Generasi Gemilang, Yayasan Johor Corporation dan Yayasan Sime Darby.
Baca artikel lain: Guna kalimah Allah oleh penganut Kristian terhad untuk Sarawak – PM
Wiki Impact melaporkan, majoriti yayasan tidak berasaskan keuntungan menyediakan maklumat yang tidak mencukupi kepada orang ramai dan mendapat penilaian ketelusan rendah.
Laporan menilai 1,567 yayasan di Malaysia berdasarkan kad skor ketelusan mereka, dengan hanya 32 yayasan menerima penarafan A minimum.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

