Polis menahan 15 lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan berhampiran Taman Kelau Jaya, Raub, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata kesemua yang berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun itu ditahan antara 3.15 hingga 4.15 petang di sekitar kawasan Sungai Ruan, Raub pada Rabu.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian kira-kira 10.30 malam itu berpunca selepas seorang lelaki menegur sekumpulan individu yang memarahi beberapa budak lelaki di tempat kejadian sehingga menimbulkan pertengkaran mulut dan berakhir dengan pergaduhan.
“Terdapat individu yang turut cedera di bahagian muka dan badan dalam kejadian itu dan polis masih mengesan saki baki mereka yang dipercayai terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Baca : Gaduh di Lebuhraya Seremban-PD, polis panggil pemandu Hilux, BMW
Beliau berkata kesemuanya sedang direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Mohd Shahril turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menjaga kesejahteraan masyarakat.
Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di talian 09-3552222.
— BERNAMA
Friday , 10 March 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

