Charles Santiago mohon maaf kepada Zakir Naik kerana fitnah

Dari Penulis

BEKAS Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini memohon maaf secara terbuka kepada pendakwah, Dr Zakir Naik kerana memfitnah melalui kenyataannya pada satu ceramah empat tahun lalu.

Charles membuat permohonan maaf itu selepas Mahkamah Tinggi mendapati kenyataan beliau dalam ceramah bertajuk ‘Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE)’ pada 25 November 2019, memfitnah Zakir.

Hakim Datuk Akhtar Tahir yang memutuskan demikian, bagaimanapun mengambil maklum daripada mencemarkan imej dan reputasi Zakir (plaintif), kenyataan itu sebenarnya meningkatkan reputasi plaintif sebagai seorang yang berpengaruh di negara ini.

“Oleh itu mahkamah memutuskan plaintif (Zakir) tidak berhak mendapat sebarang ganti rugi, tetapi oleh kerana kenyataan berkenaan adalah fitnah, mahkamah mengarahkan defendan (Charles) memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang mengaitkan plaintif dengan penahanan dua ahli DAP,” katanya memetik laporan BH Online.

Selesai membaca penghakimannya itu, hakim kemudian memanggil Zakir dan Charles untuk tampil ke hadapan dan mengarahkan Charles meminta maaf secara terbuka kepada Zakir.

Selepas Charles membuat permohonan maaf, Akhtar kemudian bertanya kepada Zakir sama ada beliau menerima permohonan maaf berkenaan, yang kemudian dijawab, “Ya”.

Terdahulu, Akhtar berkata, kenyataan fitnah itu diterbitkan dalam portal Free Malaysia Today (FMT) di bawah tajuk ‘Critcism of Zakir Naik may have led to LTTE arrest says MP’, dipetik daripada apa yang diperkata oleh defendan mengenai penahanan dua ahli DAP pada 10 Oktober 2020 menjelang belanjawan dibentangkan di Parlimen.

Beliau berkata, Charles mencadangkan penahanan itu mungkin sebagai tindak balas terhadap kritikan dan pelbagai laporan polis yang dibuat terhadap Zakir dan itu satu amaran kepada masyarakat India.

BERITA BERKAITAN Kes saman Dr. Zakir Naik terhadap Kulasegaran selesai secara baik

Katanya, selain daripada hanya menafikan membuat kenyataan itu, mahkamah menyatakan defendan gagal secara efektif dalam mencabar apa yang dinyatakan dalam artikel berkenaan, oleh itu mahkamah membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu sememangnya dibuat oleh defendan.

“Mahkamah selanjutnya mendapati, walaupun defendan menyatakan ia tidak ditujukan kepada plaintif, kenyataan berkenaan adalah serampang dua mata, iaitu satu ditujukan kepada polis dan kerajaan dan satu lagi ditujukan kepada plaintif.

“Implikasi daripada kenyataan terhadap plaintif itu ialah plaintif mempunyai pengaruh terhadap polis dan kerajaan dalam penahanan dua ahli DAP berkenaan.

“Walaupun kenyataan itu ungkapan pendapat defendan, ia bersifat spekulatif dan belum disahkan serta tiada sebarang keterangan oleh defendan yang membuktikan kesahihannya. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan ini memfitnah plaintif.”, katanya.

Hakim bagaimanapun mendapati kenyataan Charles melalui kenyataan akhbar bertajuk ‘Wednesday Cabinet meeting Must Discuss Zakir Naik’s meddling into Politics’, pada 13 Ogos 2019, tidak memfitnah Zakir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This