Sultan Perak perkenan tiga pengamal media sampaikan khutbah Jumaat esok

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan untuk memberi peluang kepada tiga pengamal media di negeri tersebut untuk menyampaikan Khutbah Jumaat di beberapa kawasan esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia adalah sempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

Jelas Mohd Annuar, Jabatan Penyiaran Negeri Perak serta Persatuan Pengamal Media Perak telah mengemukakan tiga nama pengamal media kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak untuk mendapat tauliah membaca khutbah di tiga masjid di negeri Perak.

“Sultan Nazrin menitahkan agar Khutbah Jumaat di negeri Perak pada esok bertemakan “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.”

“Peluang ini diberikan sebagai mengiktiraf peranan penting wartawan kepada negara,” katanya.

Baca juga: Anak muda perlu miliki idealisme, elak jadi pak turut – PM

Mengulas lanjut, Mohd Annuar berkata, antara pengamal media yang diberi peluang untuk membacakan khutbah esok ialah Nazmi Yaakub dari Berita Harian.

Jelas beliau, Nazmi telah diperkenankan tauliah untuk membaca Khutbah Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Selain itu, Saifullah Ahmad dari Sinar Harian ditugaskan menyampaikan khutbah di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh manakala Mohd Fahmi Mohd Nor dari RTM bakal menyampaikan khutbah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This