SEORANG pemandu treler maut selepas tersepit dalam kemalangan di Kilometer 448.8 Lebuhraya Utara Selatan, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 5.41 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati sebuah lori treler telah terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan lebuhraya sebelum terbalik.
“Seorang lelaki India berusia 28 tahun telah tersepit di bawah lori dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat berjaya dibawa keluar oleh bomba sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

