Tawar Pas sertai kerajaan strategi mahu pecah belah PN

Dari Penulis

TAWARAN supaya Pas menyertai Kerajaan Perpaduan disifatkan strategi mahu memecahbelahkan Perikatan Nasional (PN).

Dakwaan itu diungkapkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris seperti dilapor Free Malaysia Today, hari ini.

Menurut Razali, tawaran kepada Pas itu merupakan cubaan pihak tertentu menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau berkata, parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuba sedaya upaya memisahkan parti komponen PN.

Malah, kata beliau, tindakan DAP yang turut mencadangkan kerjasama dengan Pas dilihat mempunyai niat sama iaitu untuk memecahbelahkan PN.

“Itu strategi beliau (Anwar) tetapi apabila Abdul Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) ‘sendal’ dengan prinsip, sukar sikit nak masuk,” katanya.

Baca artikel berkaitan: ‘Jangan nak perasan sertai kerajaan’, kata Zahid pada Hadi

Mengulas lanjut, Razali berkata, sebagai ketua parti, tiada masalah untuk Abdul Hadi berjumpa dengan sesiapa termasuk Anwar untuk membincangkan kerjasama, asalkan tidak melanggar prinsip PN.

“Sebagai ketua parti, memang beliau layak jumpa sesiapa pun…sebab (dari segi) politik, Hadi subjektif dan (tindakannya) penuh demokrasi,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa ada pihak menghubunginya untuk menawarkan supaya Pas menyertai Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Beliau mendakwa, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh.

Pada masa sama, jumlah kerusi ahli Parlimen Melayu dalam PH juga dikatakan tidak sebanyak yang dimiliki Pas.

Abdul Hadi menegaskan Pas sebagai parti yang mempunyai kerusi paling besar sewajarnya memimpin berbanding tawaran untuk sekadar mengukuhkan kerajaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This