BUKAN sahaja menghubungi, malah ada wakil Kerajaan Perpaduan didakwa menemui Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, baru-baru ini.
Perkara tersebut disahkan Tuan Ibrahim seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
Tuan Ibrahim memaklumkan, beberapa individu menemuinya untuk menyampaikan tawaran supaya Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pas kekal dengan pendirian untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN).
“Pertama saya sahkan apa yang dinyatakan oleh presiden, bahkan mereka (wakil Kerajaan Perpaduan) juga bertemu dengan saya menyampaikan tawaran itu.
“Namun kami nyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana janji semasa kempen, dan kami tidak akan berbohong dengan pengundi,” katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tawaran supaya Pas menyertai kerajaan itu adalah kerana sokongan pengundi Melayu kepada PN yang jauh mengatasi Pakatan Harapan (PH).
Baca artikel berkaitan: ‘Jangan nak perasan sertai kerajaan’, kata Zahid pada Hadi
“Itupun dalam situasi rakyat ditipu dengan janji BN tidak akan bersama Anwar dan DAP, demikian juga janji PH tidak akan bersama BN.
“Bahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kalau harapkan untuk melihat gabungan dengan BN, sila cari presiden lain dari beliau. Ini kenyataan semasa kempen,” katanya.
Kelmarin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan ada pihak menghubunginya untuk menawarkan supaya Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.
Beliau mendakwa, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh.
Pada masa sama, jumlah kerusi ahli Parlimen Melayu dalam PH juga dikatakan tidak sebanyak yang dimiliki Pas.
Abdul Hadi menegaskan Pas sebagai parti yang mempunyai kerusi paling besar sewajarnya memimpin berbanding tawaran untuk sekadar mengukuhkan kerajaan.
Dakwaan itu bagaimanapun disangkal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid menasihatkan Abdul Hadi supaya tidak ‘berangan’ dan ‘perasan’ kononnya ada pihak yang membuat tawaran sedemikian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

