Sze Fei – Nur Izzuddin kembali ‘bersatu’, ingin rebut slot ke Olimpik

Dari Penulis

SETELAH lebih empat bulan berpisah, dua pemain badminton negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, akhirnya membuat pusingan ‘U’ apabila bersetuju untuk digandingkan semula.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky berkata Sze Fei dan Nur Izzuddin, sudah menyedari ‘kesilapan lampau’ mereka dan permintaan kedua-dua pemain itu untuk dipasangkan semula, telah mendapat lampu hijau daripada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

“Ya, tadi saya ada bertemu mereka berdua, sebenarnya sebelum Masters Malaysia 2023 lagi mereka mahu berjumpa namun saya tidak sempat. 

“Justeru, saya sudah maklumkan Tan Sri Mohamad Norza dan beliau okay (digandingkan semula),” katanya kepada Bernama hari ini.

Rexy berkata demikian, selepas Mohamad Norza menerusi Instagram Story hari ini memuat naik dua keping gambar pertemuan dengan Sze Fei-Nur Izzuddin berserta kapsyen ‘One team, once again! They are back’.

Pakar beregu dari Indonesia itu mendedahkan, keinginan untuk merebut slot ke Sukan Olimpik 2024 dengan pusingan kelayakan bermula awal bulan ini sehingga April tahun depan, menjadi faktor utama mereka mahu beraksi semula di dalam gelanggang sebagai satu pasangan.

Bagaimanapun, Rexy berkata pihaknya akan menilai semula sama ada Sze Fei-Nur Izzuddin yang kini jatuh ke ranking ke-32 dunia dengan 34,800 mata, berpeluang beraksi di Kejohanan Badminton Dunia yang dijadual berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 21 hingga 27 Ogos ini.

BERITA BERKAITAN Isu video bercium di kelab malam, Ismail Izzani akui kesilapan

Dalam pada itu, jurulatih berusia 55 tahun itu tidak menolak kemungkinan bahawa Sze Fei-Nur Izzuddin mungkin akan kembali membuat penampilan pada Terbuka Korea 2023 atau Terbuka Jepun 2023, Julai ini.

Sejak menjuarai Terbuka Jerman 2022, pasangan tersebut dilihat bergelut untuk mengekalkan konsistensi mereka, termasuk tersingkir daripada pusingan pertama pada dua kejohanan awal tahun ini iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Pasangan negara itu ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 21-16, 11-21, 17-21, pada Terbuka Malaysia dan pulang awal dari Terbuka India selepas tumpas kepada satu lagi wakil China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang 21-19, 21-17, yang juga merupakan kejohanan terakhir mereka sebelum mengumumkan perpisahan akhir Januari lepas.

BAM kemudian melakukan rombakan terhadap tiga pasangan negara selepas Nur Izzuddin nekad untuk berpisah dengan Sze Fei, atas alasan hilang kepercayaan.

Situasi itu menyaksikan Muhammad Haikal Nazri yang sebelum ini bergandingan bersama Wan Muhammad Arif Wan Junaidi sejak 2019, terpaksa dipecahkan bagi memberi laluan kepadanya bergandingan bersama Nur Izzuddin.

Wan Muhammad Arif pula dipasangkan dengan Yap Roy King, yang juga merupakan pemain beregu campuran bersama Valeree Siow, manakala Sze Fei membentuk gabungan bersama Choong Hon Jian.

Sementara itu,  Rexy berkata beliau masih belum berbincang dengan Muhamad Haikal-Wan Muhammad Arif yang diberi julukan ‘Patatimo Boys’, sama ada mahu digandingkan semula atau sebaliknya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This