Tak jadi lawan Yaman, Papua New Guinea uji Harimau Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAPUA New Guinea bakal menjadi pasukan terbaharu untuk menguji skuad Harimau Malaya bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 pada 20 Jun depan.

Ia selepas perlawanan menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung pada tarikh sama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu terpaksa dibatalkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Ibrahim berkata, perlawanan menentang Yaman itu dibatalkan selepas FAM menerima surat makluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA), petang semalam.

Menurut beliau, YFA menyatakan hasrat membatalkan perlawanan tersebut atas alasan ketiadaan pemain utama kerana menyertai skuad B-23 negara itu ke West Asian Championship di Iraq.

Baca artikel berkaitan: Piala Asia 2023: Debaran terasa, Harimau Malaya di kumpulan mana?

“Pembatalan saat akhir daripada YFA ini sekali gus memaksa FAM mencari segera pasukan pengganti yang sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar FIFA kali ini.

“Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti untuk bertemu skuad kendalian Kim Pan Gon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Selasa, 20 Jun depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skuad Harimau Malaya terlebih dahulu bakal menentang pasukan di ranking ke-134 dunia iaitu Kepulauan Solomon bagi satu lagi perlawanan antarabangsa Tier 1 di venue sama pada 14 Jun.

Sebagai rekod, Yaman berada di kedudukan 157 dunia manakala Papua New Guinea ke-159 dunia berbanding Malaysia ke-138 dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This