PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) komited untuk menambah baik, akan menerima dan melaksanakan saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tadbir urus badan induk itu.
Ia susulan pengesahan SPRM bahawa siasatan terhadap dakwaan salah laku seorang pegawai tertinggi BAM itu selesai dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
BAM dalam kenyataan turut mengucapkan terima kasih kepada SPRM atas perkembangan terbaharu itu.
“BAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh atas sokongan dan nasihat beliau sepanjang siasatan dijalankan.
“BAM juga mengucapkan terima kasih kepada penaja yang telah menyokong persatuan ini beberapa bulan lalu,” katanya dalam kenyataan itu.
Terdahulu, siasatan terhadap dakwaan salah laku seorang pegawai tertinggi BAM disahkan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Baca artikel lain: Tiada unsur jenayah dakwaan salah laku pegawai tertinggi BAM
Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) seperti dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam sidang media, hari ini.
Justeru, Azam memaklumkan, siasatan berhubung perkara tersebut yang dicetuskan susulan surat layang kepada SPRM itu disifatkan telah selesai.
Disember lalu, seorang pegawai tertinggi BAM dilapor disiasat oleh SPRM susulan surat layang yang dihantar kepada badan pencegahan rasuah itu mengenai dakwaan salah laku seorang pegawai tertinggi mengambil elaun tanpa kelulusan ahli majlis.
Seramai lima pegawai SPRM hadir di Pejabat BAM pada 3 Disember lalu bagi meneliti beberapa dokumen termasuk minit mesyuarat bagi tujuan siasatan.
Sebuah portal turut melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.
Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

