POLIS kini memburu seorang penunggang motosikal yang bertindak memecahkan cermin sebuah Proton Saga sebelum mencuri beg tangan.
Kejadian berlaku di tempat letak kenderaan dekat Jalan Lumut Q U10/Q Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, pukul 5.10 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian pada pukul 9.55 pagi tadi.
“Supek bertindak menghampiri kereta mangsa dan disyaki mengeluarkan sesuatu sebelum diletakkan pada cermin kereta tersebut.
“Sebaik sahaja cermin kereta pecah, suspek mengambil beg tangan yang terdapat di kerusi penumpang hadapan dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kerugian yang dialami mangsa ialah beg tangan, wang tunai bernilai RM50 dan beberapa dokumen penting.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Anis Shafinas Said di talian 017-2944535.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

