Kritikan UMNO, PH pengaruhi langkah politik – KJ

Dari Penulis

SERANGAN “peribadi” dibuat pemimpin dan ahli UMNO serta Pakatan Harapan (PH) akan mempengaruhi haluan politiknya selepas ini, kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Bekas ahli Parlimen Rembau itu menegaskan, Bersatu dan Pas tidak pernah bercakap perkara negatif mengenai dirinya.

“Secara peribadi, Bersatu dan Pas tidak benar-benar bercakap apa-apa yang buruk mengenai saya. Tapi, kalau anda lihat komen UMNO dan PH atau orang PH, ia bukan kritikan yang adil, ia adalah peribadi.

“Pada tahap psikologi, mungkin akan mempengaruhi tindakan saya selepas ini,” katanya dalam episod terbaru podcast “Keluar Sekejap” menurut Free Malaysia Today.

Khairy, yang dipecat UMNO pada Januari sebelum ini mengakui Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu kepadanya, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Muhyiddin mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas dipecat UMNO.

Bagaimanapun, Khairy yang masih tidak berparti dilihat lebih selesa “mengunci mulut” mengenai masa depan politik walaupun sudah ditawarkan menyertai Bersatu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This