SIASATAN terhadap parti politik berikutan dakwaan menggunakan dana judi bukan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi juga agensi-agensi penguatkuasaan lain di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institut), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia berikutan siasatan tidak akan terhenti oleh satu agensi penguatkuasaan sahaja.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan agensi penguat kuasa lain, boleh melihat dan menilai kes-kes berkenaan. Jangan kita melihat, SPRM sahaja yang bertanggungjawab menyiasat.
“Siapa juga yang terbabit kes jenayah, termasuk politik, jangan panik atau kelam kabut, biarkan agensi yang bertanggungjawab menjalankan siasatan. Saya cuma dimaklumkan mereka ada memberikan maklumat baharu tetapi saya tidak terbabit menjaga SPRM,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Pada 25 Mei lalu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan siasatan SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan mengatakan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian ketika berkempen dalam PRU15.
Katanya, siasatan SPRM mendapati dakwaan itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu, sekali gus tiada fail siasatan dibuka
Bagaimanapun, Azalina kemudiannya berkata, siasatan dakwaan dana judi membabitkan PN itu tidak dihenti atau digugurkan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau mempunyai bukti terhadap dakwaannya itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

