Budak Tahun 6 kena saman dalam Op Motosikal di Kuala Telemong

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun antara 70 individu yang disaman dalam Op Motosikal yang diadakan di Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, operasi selama empat jam itu bermula pada pukul 5 petang hingga 9 malam ini.

Katanya, kesemua penunggang motosikal berusia 12 hingga 22 tahun itu diarah ke balai polis bagi tujuan pemeriksaan.

“Sebanyak 40 buah motosikal telah diperiksa dan 116 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah POL 257.

“Operasi terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang sitaan kenderaan,” katanya kepada UtusanTV.

Ujarnya, antara kesalahan yang dilakukan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos.

“Sebanyak 40 kesalahan melibatkan penunggang tidak memakai topi keledar turut dikenakan saman,” tambahnya.

Beliau berkata, operasi terbabit telah diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Terengganu, Inspektor Zainon Abidin Ismail.

Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah lapan anggota BSPT Hulu Terengganu, tiga anggota Balai Polis Kuala Berang, lima anggota Balai Polis Telemong, dua anggota Balai Polis Ajil, tiga anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan dua anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Hasmerra berkata, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan daripada aktiviti yang tidak sihat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This