‘Kita kurangkan subsidi untuk maha kaya, kenapa jadikan isu politik?’ – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pemimpin pembangkang yang menjadikan pengurangan subsidi kepada rakyat sebagai isu politik sedangkan pemotongan subsidi hanya kepada golongan ‘maha’ kaya. 

Mengambil contoh subsidi elektrik, Perdana Menteri menegaskan majoriti rakyat tidak terkesan dengan kenaikan kadar elektrik itu. 

Malah, kata beliau, perusahaan kecil dan sederhana (SME) dan industri makanan turut tidak terkesan dengan pengurangan subsidi elektrik. 

“Cuma bila sebut tentang pengurangan subsidi. Saya kurang faham di mana kurang? Yang kurangnya itu untuk orang kaya. 

“Rumah besar yang ‘maha’ kaya sahaja, atas T20. Kenapa kita nak jadikan isu ini politik. Tak dikurangkan bagi majoriti rakyat, 90 peratus rakyat tak terkesan kerana tak dinaikkan kadar elektrik. Nak jadi jaguh siapa ini?,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) dalam sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat. 

Baca artikel berkaitan: BNM lebih teliti, berhemah naikkan kadar faedah – PM

Sebelum itu, Radzi berkata, kenaikan harga barang susulan kejatuhan nilai ringgit dan pengurangan subsidi telah menyebabkan rakyat semakin terbeban. 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri mempersoalkan kempen politik yang dimainkan seolah-olah subsidi kepada rakyat telah dikurangkan. 

“Subsidi haji kita tak naikkan. Yang dinaikkan itu untuk T20. Kamu dah kaya benar takkan Tabung Haji nak subsidi untuk pergi ke Mekah. 

“Ini memang ada rungutan tetapi saya tegas dalam hal itu. Kita mesti kurangkan subsidi tetapi tidak untuk rakyat (kebanyakan). Setakat ini tiada subsidi lain dikurangkan. 

“Kurangkan subsidi kepada orang kaya tak boleh? Ambil RM50-60 juta daripada Syed Mokhtar (Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary) tak boleh? Ini apa punya dasar. 

“Saya terpaksa ambil daripada orang kaya supaya tak bebankan orang miskin. Itu pun kadar agak minimum,” katanya. 

Pada 22 Mei lalu, Anwar berkata kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada golongan T20 bagi penggunaan elektrik dan bantuan kewangan haji.

Beliau berkata sistem penyelarasan data – Pangkalan Data Utama (Padu) – yang dijangka siap akhir tahun ini akan mengurus serta menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan layak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This