Polis buru Amir Shafiq babit kes dera anak kekasih di PPR Desa Rejang

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang, Setapak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D. Saralathan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata, suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa.

“Suspek yang dikenali sebagai Amir Shafiq Suhaimi, 31, telah mendera mangsa dan melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa didera di kediaman ibunya sebelum dihantar ke rumah keluarga ibu mangsa di Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan tubuh badan mangsa akibat didera suspek.

Jelasnya, mangsa mengalami bengkak di bibir, lebam mata kiri dan kanan serta belakang badan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi pemeriksaan lanjut.

“Mangsa dipukul atas alasan membuat bising dan difahamkan suspek biasa memukul mangsa namun kali ini telah melampaui batas.

“Ibu mangsa yang bekerja sebagai penganjur acara ada di tempat kejadian, tetapi tidak mampu menghalang kerana tidak terdaya,” ujarnya.

Saralathan berkata, polis masih mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This