Mana Annuar dapat angka 2 juta ahli tinggalkan UMNO?

Dari Penulis

UMNO mempersoalkan daripada mana Tan Sri Annuar Musa memperoleh angka bahawa kira-kira dua juta ahli sudah meninggalkan parti tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menafikan dakwaan Annuar yang kini sah merupakan ahli Pas.

“Saya tak tahu dari mana angka dia dapat. Yang pasti anak dia tetap kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Annuar lebih dua juta ahli UMNO, sudah meninggalkan parti itu.

Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional (MN) mendakwa, UMNO kini bukan lagi parti yang menjadi pilihan rakyat.

Baca artikel lain: MCMC rancang bina menara komunikasi di KOA Ber

Asyraf dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini melaporkan keahlian UMNO kini ialah 3,442,280 orang.

Sehingga 6 Jun lalu, UMNO mencatatkan 3,442,280 orang ahli merangkumi 22,125 cawangan dari 191 Bahagian di seluruh negara termasuk Sabah.

Jelas beliau, untuk tahun ini saja, penambahan keahlian baharu dari 1 Januari sehingga 6 Jun 2023, adalah seramai 13,442 orang.

“Suka saya menarik perhatian semua adalah daripada jumlah keahlian baharu yang mendaftar pada tahun ini, sebanyak 8,876 orang atau 66 peratus adalah mereka yang berusia 18-30 tahun,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This