PRN: Rundingan kerusi PH-BN masih jadi tanda tanya

Dari Penulis

PEMBAHAGIAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masih menjadi teka-teki dengan pemimpin yang hadir terus membisu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, bagaimanapun, berkata perbincangan yang dipengerusikannya berjalan lancar namun tidak dapat mendedahkan perinciannya.

“Tiada komen mengenai butiran tetapi pernbincangan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tiga jam itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam ini.

Antara pemimpin Kerajaan Perpaduan yang hadir adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad.

Rafizi hari ini dilapor berkata rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara PH dan BN menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi DUN.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This