Ibu tunggal kongsi detik cemas dirempuh treler, sempat jerit Allahuakbar sebelum pulas stereng ke kanan

Dari Penulis

“SAYA hanya sempat jerit Allahuakbar sebelum pulas stereng ke kanan” kata Rozida Redzuan yang masih trauma selepas dirempuh treler di Jalan Bukit Putus, Negeri Sembilan pada petang Rabu.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Rozida, 47, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari Paroi ke kampung halaman dekat Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

“Kejadian kira-kira pukul 2 petang, saya sedang memandu sendirian di lorong kanan sebelum secara tiba-tiba datang sebuah lori berwarna putih dari arah hadapan dan melanggar saya,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Tambahnya, sejurus dirempuh dia terus terbabas ke kanan jalan.

“Sedar-sedar orang ramai yang berada di lokasi kejadian telah mengetuk cermin kereta dan membantu saya keluar dari Perodua Alza,” katanya.

Jelas ibu tunggal kepada lima orang anak itu, dia mengalami kecederaan lebam pada perut, bengkak di dahi dan melecur di tangan akibat kemalangan itu.

“Ada orang yang baik hati tumpangkan saya berteduh di dalam kereta kerana cuaca yang panas.

“Ada juga yang membantu letakkan pin di kawasan baju yang terkoyak bagi melindungi aurat saya. Terima kasih diucapkan,” ujarnya.

Katanya, dia telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan hasil pemeriksaan X-ray mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman.

Rozidah berkata, dia dibenarkan pulang pada hari yang sama dan telah membuat laporan polis mengenai kemalangan tersebut.

Ceritanya lagi, dia tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pemandu lori yang mengakibat kemalangan tersebut.

“Keadaan kereta memang ‘total lost’ dan tidak dapat diselamatkan lagi.

“Itulah sajalah kenderaan yang saya ada peninggalan arwah suami yang digunakan untuk menghantar anak ke sekolah dan melakukan kegiatan harian,” katanya dalam nada sedih.

Rozida berkata, dia bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kepada Allah yang masih memberikan umur yang panjang untuknya meneruskan kehidupan.

“Saya kena kuatkan semangat untuk hadapi perkara ini.

“Alhamdulillah ramai sanak saudara dan jiran tetangga yang prihatin datang melawat saya,”ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This