Malaysia punyai masa terhad pulihkan ekonomi – Anwar minta nasihat pakar, termasuk Johari, Khairy

Dari Penulis

MALAYSIA mempunyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau cabaran yang melanda ekonomi negara dan seterusnya membawa negara ini kembali ke landasan yang betul, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pakar ekonomi dan ahli politik yang ditemui juga bersetuju mengenai keadaan tersebut, namun kerajaan bertekad untuk bekerja keras memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan dalam meningkatkan ekonomi negara.

“Saya faham sebarang reformasi atau pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran. Ia juga memerlukan keyakinan serta keberanian untuk melakukan perkara yang baharu dan membuat keputusan yang berat untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam Facebook miliknya selepas mengadakan pertemuan dengan pakar-pakar ekonomi dan ahli politik semalam.

“Alhamdulillah, petang tadi saya telah mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negara antaranya bersama-sama ahli ekonomi, bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani dan juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,” tambahnya.

Antara yang turut hadir adalah Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Datuk Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

“Ini sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk mendapatkan buah fikir serta pandangan mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat.

Perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan,” katanya.

Anwar berkata, segala pandangan yang dikongsikan akan digunakan untuk membentuk Naratif Ekonomi MADANI yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang.

“Pertumbuhan ekonomi bukan tentang angka semata-mata tetapi mesti menggarap keperluan serta kehendak rakyat,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This