Mudah kerjasama dengan Pas, menurut saja keputusan UMNO – Annuar

Dari Penulis

PAS didakwa tidak pernah menimbulkan masalah sepanjang bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk kerajaan sebelum ini.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu dibuktikan apabila pemimpin Pas menurut sahaja keputusan yang dibuat oleh UMNO.

“Kalau tidak biasa kerja dengan Pas, orang kata macam-macam, Pas susah untuk kerjasama. Namun apabila duduk sekali, pemimpin parti ini sangat mudah untuk berbincang dan buat kerja.

“Tok Guru Haji Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) awal-awal lagi bagi tahu, beliau tidak mahu jawatan dalam kabinet walaupun beliau Presiden Pas,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan

Beliau berkata demikian ketika berucap di Jelajah Ceramah Pakat Pertahan Parlimen Pasir Puteh di Dewan Saripudin Maahad Saniah, malam tadi.

Annuar berkata, pada peringkat awal kerjasama di antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas, beliau terbabit untuk mengadap pemimpin Bersatu.

“Bersatu kata, UMNO lah ambil kerusi paling banyak sebab UMNO parti besar dan kena runding dengan Pas sebab parti ini ada 18 kerusi (Parlimen). PAS tak minta 50, 60 kerusi pun.

“Pas kata yang mana parti itu menang, dia akan bertanding, kalau kerusi UMNO menang, UMNO akan tanding.

“Mudah untuk berbincang dengan Pas. Saya bagi tahu UMNO jika mengikut formula ini, UMNO ada peluang untuk bertanding antara 65 ke 85 kerusi,” katanya.

Annuar berkata, jika ikut formula itu, beliau yakin boleh menang semua kerusi, namun sudah tahu kerusi kalah tetapi UMNO nak juga bertanding.

“Daripada 140 kerusi majoriti orang Melayu dan Islam, kita yakin boleh menang semua kalau kita tidak berpecah-belah,” katanya lagi.

Apabila sampai kepada sesetengah pemimpin UMNO, walaupun tahu kalah, nak berebut juga bertanding. Mereka tidak mahu 60, 70, 80 kerusi secara bersama tetapi nak tanding 120 kerusi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This