Polis selesai rakam keterangan lelaki lawan arus di Lebuhraya SUKE

Dari Penulis

Polis selesai mengambil keterangan suspek yang menunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) semalam, yang menyebabkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kejadian 14 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata polis juga selesai mengambil keterangan saksi iaitu operator kamera litar tertutup (CCTV) SUKE dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) juga pada semalam.

Beliau berkata keadaan suspek ketika ini dilaporkan stabil dan masih lagi dirawat.

“Selain itu, kedua-dua kenderaan terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan Jabatan Kimia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, kertas siasatan kes terbabit akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor dalam tempoh terdekat setelah selesai siasatan.

Dalam kejadian tengah hari 14 Jun, mangsa Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE dengan ketinggian 30 meter akibat mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang melawan arus.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.

— BERNAMA

Tuesday , 20 June 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This