Juruteknik penyelenggaraan ditahan babit samun di Taman Melawati

Dari Penulis

SEORANG juruteknik penyelenggaraan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun di Jalan Bandar 4, Taman Melawati pada 12 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pukul 10.04 pagi itu, pengawal keselamatan warga tempatan berusia 25 tahun itu telah menerima panggilan daripada seorang pekerja.

Pekerja mendakwa seorang lelaki tidak dikenali telah masuk ke dalam rumah.

Beliau berkata, suspek telah membuat pemeriksaan terhadap pekerja pengadu dan mengambil wang tunai sebanyak RM2,000 serta kad bank sebelum melarikan diri.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun telah ditahan di Setapak pada pukul 2.25 pagi semalam.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod lampau babit dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, saringan air kencing mendapati suspek bebas dari sebarang dadah dan turut dirampas sejumlah wang tunai yang dipercayai daripada hasil kegiatan samun.

Tambahnya, suspek melakukan jenayah samun sendirian dan menyasarkan pekerja asing.

Suspek kini direman sehingga Selasa dan kes disiasat di awah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This