PRN enam negeri medan buat rakyat tuntut perubahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PILIHAN Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri tidak lama lagi menjadi medan terbaik untuk rakyat mengambil inisiatif menuntut perubahan menurut lunas demokrasi.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berpandangan PRN kali ini menjadi peluang buat rakyat khususnya di enam negeri tersebut menilai dan membuat keputusan terbaik.

Kata beliau, memberi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang bermakna rakyat rela serta bersetuju dengan kegagalan dan kelemahan di peringkat Persekutuan yang telah menjejaskan kehidupan dan masa depan negara.

Roslan Shahir berkata, PRN ini merupakan masa terbaik untuk mewujudkan semak dan imbang kerana Kerajaan Persekutuan perlu dipantau oleh kerajaan negeri yang cergas dan bertenaga didukung rakyat.

“Pastikan PH-BN yang gagal di peringkat Persekutuan ini tidak diberi kuasa di mana-mana enam negeri yang akan mengadakan PRN.

“Biar enam negeri ini menjadi blok yang kuat dalam sistem federalisme, menjadi benteng suara rakyat mengawal dan memantau kerajaan Persekutuan.

“Kita tuntut semak dan imbang, dari rakyat untuk rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Roslan Shahir berkata, rakyat dapat melihat sendiri beberapa indikator ekonomi termasuk prestasi saham dan kejatuhan ringgit yang memberi isyarat betapa gagal dan lemahnya kerajaan pada hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRN: Parti politik diberi peringatan tidak sentuh isu 3R

“Ini belum ditambah dengan harga barangan domestik yang mencanak naik termasuk bahan-bahan makanan, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan ayam,” katanya.

Roslan Shahir berkata, kerajaan Persekutuan gagal memberi penyelesaian terbaik buat rakyat walaupun enam bulan telah berlalu sejak membentuk kerajaan.

“Biar enam buah kerajaan negeri ini memantau perjalanan kerajaan Persekutuan agar mereka kembali memberi tumpuan pada pembangunan rakyat dan negara, atau jika gagal juga memberikan isyarat pada rakyat untuk menggantikan mereka.

“Kerajaan Madani yang lahir daripada kerajaan campuran ini awalnya mahu membawa satu imej baru segar yang mampu memperbaiki dan memulihkan keadaan hidup rakyat kebanyakan.

“Rupanya suasana politik dan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19 lebih mencabar serta terbukti dalam tempoh enam bulan ini kerajaan campuran ini lebih mengambil masa menguruskan hal dalaman sesama sendiri yang kucar-kacir daripada memberi tumpuan pada nasib rakyat dan negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This