PAS bukan ‘abang besar’ dalam PN – Muhyiddin

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) menafikan bahawa PAS bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam gabungan itu susulan parti tersebut mendapat lebih separuh daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata namun secara fakta, PAS sudah wujud sekian lama selain telah menguasai beberapa negeri seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Kita tidak panggil abang besar atau abang kecil. Saya Presiden Bersatu dan Pengerusi PN disokong oleh PAS. Tidak kisahlah siapa yang memimpin asalkan kita mempunyai tekad, azam dan perjuangan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan 52 Lembu Sempena Program Korban Perdana Parlimen Pagoh 2023, di Bukit Pasir, hari ini.

Baca artikel lain: YBR bantu Mohd Syahril, yatim piatu cemerlang SPM

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata pembahagian kerusi dalam PN bagi menghadapi PRN di enam negeri adalah dibuat secara adil dengan mengambil kira PAS sudah berada di negeri tertentu sebelum ini terutamanya ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Dari segi proses pertimbangan fakta, kita pakai kerusi penyandang, maknanya dia sudah ada di situ dalam pilihan raya sebelum ini. Kita rasa pembahagian itu agak adil. Di tiga negeri tadi, PAS sudah lama (bertanding).

“Di Negeri Sembilan dan Selangor, Bersatu lebih. Begitu juga di Pulau Pinang…Bagi kami ia tidak jadi masalah, ia telah diputuskan dengan baik,” kata bekas perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas dakwaan PAS kini menjadi abang besar dalam PN kerana mendapat agihan kerusi terbanyak iaitu 126 kerusi DUN berbanding rakan dalam komponen PN iaitu Bersatu (83) dan Gerakan sebanyak 36 kerusi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This