Polis mengesahkan pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan tembok Balai Polis Sungai Jarom roboh tidak memiliki lesen memandu yang sah.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, bagaimanapun ujian air kencing terhadap pemandu berusia 19 tahun itu negatif dadah.
Katanya, dalam kejadian pukul 10.20 malam kelmarin itu, pemandu Myvi tersebut dalam perjalanan dari Banting ke Sungai Buaya, Jenjarom.
Sampai di lokasi kejadian, pemandu Myvi telah hilang kawalan ketika membelok ke kiri lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah Perodua Bezza.
“Perodua Bezza yang sedang parkir di hadapan balai polis itu telah bergerak ke hadapan akibat dilanggar lalu merempuh tembok pagar batu balai polis.
“Pemandu Myvi yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksye 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Nur Farhana Abdullah di talian 013-2065466.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

