DUA pemandu disaman polis selepas aksi melanggar lampu isyarat merah di Kilometer 5, Jalan Banting-Jugra, Kuala Langat, tular di laman sosial.
Menurut kenyataan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat, sepasukan lima anggota polis telah pergi ke kediaman pemandu yang beralamat dalam sistem polis.
“Kedua-dua pemandu diminta hadir ke Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat dan disaman atas kesalahan trafik di bawah Rule 17 LN 166/59.
“Pegawai Penyiasat juga telah memberi nasihat atas tingkah laku yang dibuat oleh dua pemandu itu,” kata kenyataan itu.
Sebelum itu, tular sebuah video memaparkan aksi Perodua Kancil dan Kelisa menyelit di antara dua buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.
Aksi tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen kerana sikap kedua-dua pemandu yang pentingkan diri sendiri dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

