Lelaki OKU direman bantu siasatan kematian ayah

Dari Penulis

SEORANG lelaki kurang upaya (OKU) direman bagi membantu siasatan kematian ayahnya selepas ditemui tidak bernyawa di sebuah rumah flat dekat Bentong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 22 tahun itu direman selama tujuh hari bermula semalam.

Zaiham berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 11 pagi Ahad lalu.

“Mangsa berusia 64 tahun ditemui terbaring di atas lantai rumah dan mengalami kecederaan di badan selain terdapat kesan terbakar.

“Siasatan mendapati ketika kejadian, isteri mangsa berusia 61 tahun bersama anak lelaki berusia 28 tahun berada di sebuah hospital dekat Kuala Lumpur sejak 19 Jun bagi urusan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa telah ditinggalkan bersama suspek yang merupakan anak bongsu.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This