Kedah umum 2 pemain import terbaru – “Selamat datang Ifedayo dan Moses”

Dari Penulis

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya menamatkan teka-teki mengenai siapa pemain yang akan mengganti penyerangnya, William Lira yang meninggalkan skuad tersebut baru-baru ini dengan pengumuman penyertaan pemenang dua Anugerah Kasut Emas Liga Super, Ifedayo Olusegun.

Bukan itu sahaja, KDA FC juga mengumumkan seorang lagi pemain import baharu iaitu Moses Atede Jona dari kelab Al-Muharraq SC, Bahrain, yang merupakan pemenang Piala AFC 2021.

Kedua-dua pemain yang berasal dari Nigeria itu mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak bersama skuad Sang Kenari bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Reputasi Ifedayo sememangnya cukup dikenali di negara ini apabila pernah mewakili beberapa pasukan tempatan, seperti Felda United, Melaka United dan Selangor.FC.

Tempohnya bersama Selangor FC adalah paling cemerlang apabila dia menjadi salah seorang penyerang import terbaik pernah disaksikan kerana selama dua musim dengan menjaringkan 50 gol melalui 43 penampilan.

Bagaimanapun, dia akhirnya memilih untuk menyertai Melaka United pada awal musim 2022, namun tidak lama kerana penyertaan kelab itu dalam Liga Super disekat kerana mempunyai masalah kewangan.

Kini, selepas kira-kira enam bulan tidak terikat dengan mana-mana pasukan, Ifedayo memilih untuk bersama skuad Sang Kenari dengan harapan kehadirannya mampu melonjakkan lagi kedudukan pasukan itu dalam kancah Liga Super.

BERITA BERKAITAN Terima kasih William Lira.. penyerang itu kini tidak lagi bersama KDA FC

Pengumuman mengenai kehadiran Ifedayo ke KDA FC dibuat serentak dengan kemasukan Moses Atede Jona yang boleh beraksi sebagai pemain tengah yang akan berganding dengan Manuel Ott.

Ini merupakan cabaran pertama Moses beraksi di luar negara selepas hampir lima tahun bermain dalam Liga Bahrain.

Moses sebelum ini beraksi dengan Al-Hidd SCC sebelum mula mencipta nama bersama Al-Muharraq SC pada 2021 sehingga 2023.

Semasa beraksi bersama Al-Muharraq SC, Moses adalah pemenang Piala AFC 2021 yang mana ia merupakan kejohanan terbesar di Asia selepas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This