Fizikal semakin berubah, Zul Ariffin luah rasa puas dapat beribadah di Tanah Suci – “Kulit satu badan terbakar”

Dari Penulis

PELAKON sensasi, Zul Ariffin mengemaskini satu ciapan di Twitter miliknya dengan menggambarkan rasa syukur dapat menyempurnakan rukun islam yang kelima.

Ujar Zul atau Zulkifli Ariffin, dia berasa puas hati dengan pengorbanan yang dilakukan sepanjang berada di Tanah Suci sehingga beberapa fizikalnya berubah malah turut bersyukur dengan keadaan itu.

“Kulit satu badan terbakar, kulit tapak kaki koyak, PUAS! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!” tulisnya.

Sementara itu, pelakon berusia 37 tahun itu sempat menitipkan ucapan raya Aidiladha buat para pengikutnya.

“Salam Aidiladha daripada Mekah semua!” ungkapnya.

Entri yang dipaparkan mendapat perhatian netizen seramai 66,700 penonton yang telah membaca.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat pelakon drama Perempuan Itu.

“Alhamdulillah jie. Moga setiap tahun dapat ke sana lagi. Insya-Allah.

“Pengorbanan beribadah adalah untuk bertahan. Alhamdulillah ala kulli hal. Kebahagiaan yang terpancar di muka awak jelas menampakkan kepuasan awak. Saya seronok tengok awak Boss.

“Salam Aidil Adha Hj Zul Ariffin. Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin,” tulis beberapa netizen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This