127 rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket POGO dikenal pasti

Dari Penulis

KEMENTERIAN Luar berjaya mengenalpasti seramai 127 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket buruh paksa hab Philippine Offshore Gaming Operator (POGO) yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina pada Selasa.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata mereka adalah antara sejumlah 134 orang mangsa yang dipercayai warganegara Malaysia.

“Kesemua mangsa telah diselamatkan oleh polis Filipina semasa operasi serbuan ke atas POGO pada 27 Jun lepas,” kata kenyataan itu.

Kementerian berkata hasil lawatan konsular yang telah diadakan ke atas mangsa-mangsa warganegara Malaysia mendapati kesemua mangsa berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut terdapat beberapa isu logistik dan kebajikan yang sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kesemua mangsa warganegara Malaysia berada dalam keadaan terbaik.

Sebarang maklumat terkini berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This