KEMENTERIAN Luar berkata pada Selasa bahawa tiada sekatan visa baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke luar negara.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata dakwaan berhubung perkara berkenaan yang tular menerusi sebuah video di platform perkongsian video, adalah tidak benar. Video berkenaan secara mengelirukan mendakwa lapan negara telah memperkenalkan keperluan visa baharu untuk rakyat Malaysia baru-baru ini.
“Kementerian mengesahkan bahawa dakwaan ini sama sekali tidak benar. Pada masa ini, tiada perubahan dalam dasar visa yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia di negara-negara yang disebutkan,” menurut kenyataan itu.
Baca artikel lain: Penemuan objek berbentuk torpedo mengundang kebimbangan – Pakar UMT
Kementerian Luar telah membuat laporan polis mengenai isu berkenaan dan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang serta peraturan sedia ada.
Sehubungan itu, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat perjalanan yang tepat dan terkini. Kementerian turut menegaskan komitmennya dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat maklumat yang betul serta dilindungi semasa berada di luar negara.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

