Anwar minta pemimpin PAS jawab dakwaan isu musuh Islam

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama PAS, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.

Beliau berkata, ini termasuk kenyataan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli baru-baru ini, yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak menyokong PAS adalah musuh Allah.

“Apakah benar orang tidak bersama dengan PAS adalah musuh Allah. Kalau betul, pasal apa arwah Tok Guru (Tan Sri) Nik Aziz sokong saya dan saya bukan ahli PAS pun. Ini mereka (pemimpin atau Dewan Ulama PAS) kena jawab,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat Permatang Pauh, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Ucapan ‘musuh Allah’, Ustaz Zainul Asri mohon maaf

Sebelum ini, Syeikh Muhd Zainul mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkait isu ‘musuh Allah’ ketika program Himpunan Kedah Berselawat pada 24 Jun lepas, namun beliau telah memohon maaf serta mengakui kesilapan mengungkap kalimah berkenaan.

Anwar turut mendesak kepimpinan PAS membetulkan dakwaan lama yang dikeluarkan penceramah bebas itu, antaranya Nabi Adam A.S turun di Gunung Jerai, Kedah.

“Dua, dakwaan Saiyiddina Uthman bin Affan sampai di Kedah…kita kata dakwah tapi mengizinkan kepalsuan. Betul ke tidak, kalau tidak betul mengapa tidak ditegur,” kata Perdana Menteri.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This