KEMENTERIAN Pengangkutan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa seorang menteri telah melakukan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Memetik laporan BH Online, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan belum menerima laporan lanjut berhubung insiden tersebut.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihak berkuasa lapangan terbang pasti akan membuat siasatan terperinci mengenai kekecohan yang berlaku itu.
“Saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku dan sudah tentu protokol keselamatan perlu dipatuhi, tetapi apa pun kita serahkan kepada pihak berkuasa penerbangan kerana saya rasa mereka akan buat siasatan yang lebih terperinci,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Menteri buat kecoh mahu ‘selamatkan’ pelawat China ditahan di KLIA
Semalam, sebuah portal berita melaporkan seorang menteri didakwa melakukan kekecohan di KLIA kerana mahu ‘menyelamatkan’ seorang pelawat China yang ditahan daripada masuk ke Malaysia.
Laporan Bebas News yang memetik sumber berkata, menteri berkenaan dikatakan telah menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa tanpa memohon pas keselamatan.
Tindakan menteri itu dipercayai dilakukan bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang ditahan Jabatan Imigresen.
Menteri berkenaan kemudiannya menggunakan kuasanya dan memarahi Polis Bantuan KLIA serta pegawai Imigresen apabila tindakannya mahu ‘membebaskan’ pelawat warga China itu dihalang.
Difahamkan, ini adalah kali ketiga menteri tersebut melakukan tindakan sedemikian membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

