Korea Selatan eksport daging Hanwoo ke Malaysia

Dari Penulis

KOREA Selatan sudah mula mengeksport kumpulan pertama “Hanwoo”, daging lembu premium Korea yang disahkan halal ke Malaysia sejak kelmarin.

Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (MAFRA) republik itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kumpulan pertama daging daripada 10 ekor lembu itu yang dieksport akan digunakan untuk menghasilkan menu mengetengahkan Hanwoo di restoran dan hotel tempatan.

“Satu program merasa dan menilai Hanwoo akan diadakan untuk memperkenalkan daging ini kepada pengguna Malaysia yang mungkin tidak mengetahuinya. Cef tempatan yang telah merasai Hanwoo memuji rasanya yang unik, teksturnya yang lembut, dan dijangka akan dapat menarik minat yang tinggi dalam pasaran Malaysia,” katanya.

Ia menambah dengan pembukaan laluan untuk eksport Hanwoo yang disahkan halal buat julung kalinya, bilangan negara Hanwoo dieksport meningkat kepada empat, katanya.

“MAFRA merancang mempromosikan Hanwoo secara meluas, termasuk menjualnya di pasar raya utama serentak dengan waktu pameran makanan tempatan di Malaysia, membolehkan lebih pelanggan merasai Hanwoo,” katanya lagi.

Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan Chung Hwang-keun sendiri menemui pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia bagi meyakinkan bahawa kesemua daging Hanwoo mempunyai pengurusan kebolehkesanan.

Baca artikel berkaitan: Eksport makanan akuakultur, Nangka ke China dijangka cecah RM42 juta dan RM10 juta

Timbalan Menteri MAFRA untuk Pejabat Dasar Makanan dan Koordinasi Kim Jung-hee dipetik dalam kenyataan itu berkata kejayaan mengeksport Hanwoo ke Malaysia selepas tujuh tahun rundingan mengenai kuarantin daging lembu akan menjadi satu batu loncatan ke pasaran halal mengandungi 1.9 bilion pengguna.

Beliau berharap ia akan membantu ladang ternakan Hanwoo yang menghadapi kesukaran ekoran masalah bekalan yang tidak menentu.

Memandangkan ini merupakan kemasukan pertama daging itu ke pasaran halal di Asia Tenggara, Kim berkata usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pengurusan kualiti dan keselamatan produk Hanwoo untuk meluaskan lagi pasarannya ke luar negara.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap yang memetik MAFRA melaporkan semalam bahawa pada bulan lepas kedua-dua negara menandatangani kontrak pertama untuk memudah cara pengeksportan daging lembu Korea Selatan ke Malaysia yang memenuhi standard halal selepas mencapai satu persetujuan dalam rundingan kuarantin pada Mac lepas selepas tujuh tahun berunding.

Kementerian itu dilaporkan berkata mulai dengan kontrak pertama itu, Korea Selatan dijangka mengeksport sejumlah 1,875 tan daging lembu Korea untuk tiga tahun akan datang atau kira-kira 2,500 ekor lembu setahun yang melebihi 13 kali ganda daripada 44 tan daging yang dihantar ke luar negara tahun lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This