Pengguna Twitter buat ciapan biadab terhadap Abdul Hadi mohon maaf

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pengguna Twitter yang membuat ciapan biadab berhubung tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tampil membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan pengguna Twitter, Zaki Yamani menerusi ciapan pada pukul 6.49 pagi tadi.

Ia selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalan terhadap tindakan Zaki Yamani itu.

Perdana Menteri turut mengarahkan individu tersebut tampil membuat permohonan maaf.

“Mengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,” katanya dalam ciapan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Abdul Hadi dibenar keluar hospital hari ini, hanya demam bukan masalah jantung

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan seorang individu memohon maaf atas ciapan berhubung keadaan kesihatan Abdul Hadi yang sedang menerima rawatan di hospital.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” ciapnya.

Sebelum itu, Zaki menerusi satu ciapan meminta agar nyawa Ahli Parlimen Marang itu diambil supaya ‘kerosakan’ yang dibuat dapat dihentikan.

Ia selepas media melaporkan keadaan kesihatan Abdul Hadi merosot dan sedang dirawat di hospital.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This