Tragedi Jeram Air Putih: Mayat ketujuh ditemukan

Dari Penulis

SATU lagi mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai ditemukan kira-kira pukul 7.45 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, mayat dipercayai seorang remaja perempuan itu difahamkan ditemui di belakang Masjid Dadong.

Ini menjadikan keseluruhan tujuh mayat mangsa telah ditemukan setakat ini dengan tiga lagi masih hilang.

Bagaimanapun, identiti mangsa dipercayai remaja perempuan itu masih belum disahkan kerana masih menunggu pengesahan pihak berkuasa.

Pada masa sama, pengecaman mayat belum lagi dibuat waris.

Semalam, empat mayat ditemukan di sektor A dan B pencarian antara pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari iaitu Karim Abdullah, 39, Putri Aryana Umaira Karim, 4, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10.

Baca artikel berkaitan: Kepala air Jeram Air Putih: Operasi SAR masuk hari ketiga, kesan 4 lagi mangsa

Pada hari pertama operasi SAR, dua mayat iaitu Azizah Eiyi, 40, dan Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, dijumpai orang ramai masing-masing pada jarak 24 kilometer (km) dan 2 km dari lokasi kejadian.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan akan dibawa ke kampung mereka di Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang untuk dikebumikan.

Media sebelum ini melaporkan Karim, Azizah dan tujuh anak mereka serta Muhammad Fikri, tunang kepada Putri Balqis Izzati pergi berkelah di Jeram Air Putih itu, Sabtu lalu sebelum dihanyutkan kepala air.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This