Kepala air Lembah Maksina Lahad Datu: Sembilan selamat, enam masih hilang

Dari Penulis

SEMBILAN individu berjaya diselamatkan manakala enam lagi rakan mereka masih hilang selepas berlaku kejadian kepala air di sungai kawasan Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat Lahad Datu, Sabah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid kesemua mereka sebelum itu menjalankan aktiviti meredah sungai dan maklumat awal yang diterima terdapat 17 individu terlibat dengan aktiviti itu namun dua daripadanya keluar lebih awal sebelum kejadian kepala air.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada 8.28 malam tadi dan seramai 11 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55  kilometer dari bandar Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Baca artikel lain: Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu – Polis

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebaik tiba di lokasi dan sembilan individu berjaya diselamatkan pada 12 tengah malam tadi dengan dua daripadanya cedera.

Beliau berkata terdapat enam individu masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan pada 6 pagi ini selepas operasi ditangguhkan pada 1.40 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This