Alahan hamil yang teruk ‘berjaya’ buat Tom berhenti merokok selepas 20 tahun

Dari Penulis

PENYANYI, Tom mendedahkan dirinya telah berhenti merokok selama seminggu lalu setelah 20 tahun terjebak dalam gaya hidup itu.

Ujar Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, dia tidak berdaya dengan bau asap rokok sepanjang melalui alahan hamil menyebabkan dia rasa bersyukur mampu menghentikan tabiat tersebut.

“Walaupun alahan kali ni sangat teruk, tapi saya bahagia sebab dengan alahan ni saya dapat berhenti merokok.

“Saya hisap rokok dari umur 16 tahun dan akhirnya dah seminggu tak sentuh rokok sebab tak boleh bau asap rokok,” tulisnya.

Menerusi Insta Story milik penyanyi berusia 37 tahun itu, dia benar-benar mengharapkan bahawa selepas ini dia tidak akan memulakan kembali tabiat terbabit.

“Insya-Allah lepas ni tak nak sentuh rokok lagi. Kalau boleh, untuk selamanya tak nak sentuh,” luahnya sambil meletakkan pelekat larangan merokok.

Sebelum itu, menerusi video yang dimuat naik di Insta Story milik bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan itu, dia turut memaklumkan tentang situasi alahannya kini lebih teruk berbanding dahulu.

Terdahulu, penyanyi kelahiran Taiping, Perak itu mengalami keguguran semasa usia kandungan mencecah tiga minggu.

Tom dan Fuad itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu, pelantun lagu Redha itu dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lapan hingga 15 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This