Tom, Fuad Rahman sepakat pilih Puteri Anggun Lovellia untuk nama anak perempuan – “Wah, bapa orang Singapura ada anak Malaysia”

Dari Penulis

PASANGAN selebriti, Tom dan Fuad Rahman, memanjatkan rasa syukur selesai mendaftarkan anak perempuannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selepas sebulan kelahiran.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, telah berkongsi melalui platform Instagram Story bahawa urusan pendaftaran sijil kelahiran anaknya telah berjaya didaftarkan.

Disamping itu, bekas peserta Gegar Vaganza 9 ini turut meluahkan kegembiraan dengan status suaminya, Fuad, yang merupakan warga Singapura dan kini memiliki seorang zuriat yang dilahirkan di Malaysia. 

“Alhamdulillah, selesai daftar kelahiran anak. Daftar sijil lahir. Segalanya telah dipermudahkan.

“Wah, bapa (Fuad) orang Singapura ada anak Malaysia,” ujarnya.

Dalam perkongsian lain, Tom mendedahkan nama anak iaitu Puteri Anggun Lovellia menjadi pilihannya dan Fuad.  

“Secara rasminya, nama anak ialah Putri Anggun Lovellia. Boleh panggil Anggun, Putri, Love atau Vel. Tapi mama akan panggil baby,” ujar Tom lagi.

Untuk rekod, Tom dan Fuad berkahwin pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia, 

Pasangan ini kemudian mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan Tom pada 23 Jun tahun lalu.

Pada 18 Februari lalu, Tom selamat melahirkan anak perempuan secara pembedahan kira-kira jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This