‘Jika Kit Siang nak saman, silakan’ – Annuar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGERUSI Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa ‘mengalu-alukan’ langkah diambil veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang untuk menyamannya susulan kenyataan berhubung tragedi rusuhan kaum pada 16 Mei 1969.

Annuar menegaskan, beliau bersedia untuk berhadapan dengan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sekiranya disaman.

Dalam hantaran di Facebook, Annuar memaklumkan telah mengarahkan peguam untuk mengambil langkah sewajarnya mengikut jalur undang-undang.

“Saya diberi tahu bahawa Kit Siang nak menyaman saya berkaitan ucapan saya di Bachok.

“Jika benar (nak saman), saya bersedia dan mengalu-alukan tindakan tersebut dan Kit Siang boleh kemukakan bahagian mana dari ucapan saya yang menyalahi mana-mana undang-undang. Silakan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, tindakan Kit Siang untuk menyamannya itu juga merupakan satu peluang untuk dirinya memberi maklumat lebih banyak berhubung dasar perjuangan veteran DAP itu.

“Mungkin ini satu peluang untuk saya memberi maklumat yang lebih banyak dan lebih terperinci mengenai dasar perjuangan dan tindakan LKS (Kit Siang) dan DAP dalam perjuangan politik beliau dan impak kepada suasana politik tanah air. Insya-Allah,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Annuar Musa mungkin tidak bertanding pada PRN – Hadi

Sementara itu, Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO turut mencabar Kit Siang supaya mempercepatkan tindakan undang-undang itu.

Memetik laporan BH Online, Annuar dengan lantang mengulangi kenyataannya mengaitkan Kit Siang ketika berucap pada Jelajah Mega PNBest Himpunan Teguh Pertahan di Kuala Terengganu, malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, beliau tidak gentar dan mempunyai banyak bahan untuk dikemukakan sekiranya disaman.

Kit Siang sebelum ini dilaporkan mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Annuar yang kini menyertai PAS.

Ini berikutan, dakwaan Annuar yang mengaitkan veteran DAP itu dengan tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika berceramah di Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This