WALAUPUN bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa diwar-warkan berkemungkinan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas menyertai parti PAS baru-baru ini tetapi perkara sebaliknya yang dijangka berlaku.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu difahamkan tidak berhasrat bertanding pada PRN yang akan diadakan di enam negeri kali ini kerana adalah lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat.
Abdul Hadi berkata, nama bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini dikatakan berada dalam senarai calon PAS untuk bertanding dalam PRN.
“Semalam Majlis Syura Ulama meluluskan semua calon-calon yang disenaraikan oleh PAS tapi beliau (Annuar) tak berhasrat untuk bertanding… saya difahamkan begitu,” katanya selepas menerima kunjungan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Presiden PAS di Marang hari ini.
Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, Annuar lebih sesuai berada di peringkat pusat dan bukan di peringkat negeri.
“Kita lebih setuju dia berperanan peringkat nasional (kerana) dia tokoh besar bukan peringkat negeri (tapi) peringkat lebih besar.
“Itu (kedudukan Annuar), kita serah kepada pemimpin PAS Kelantan,” katanya memetik laporan Harian Metro.
BERITA BERKAITAN Mudah kerjasama dengan Pas, menurut saja keputusan UMNO – Annuar
PAS sebelum ini memberi jaminan Annuar tidak akan diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertembung dengan anaknya jika dicalonkan mewakili parti itu.
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, parti itu akan memastikan tiada pertembungan antara Annuar dengan anaknya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani.
Annuar juga berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk menentukan kedudukan dalam PRN di Kelantan.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu juga difahamkan tidak berhasrat bertanding pada PRN kerana lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat.
Abdul Hadi berkata, nama bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini dikatakan berada dalam senarai calon PAS untuk bertanding dalam PRN.
“Semalam Majlis Syura Ulama meluluskan semua calon-calon yang disenaraikan oleh PAS tapi beliau (Annuar) tak berhasrat untuk bertanding… saya difahamkan begitu,” katanya
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Presiden PAS di sini hari ini.
Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, Annuar lebih sesuai berada di peringkat pusat dan bukan di peringkat negeri.
“Kita lebih setuju dia berperanan peringkat nasional (kerana) dia tokoh besar bukan peringkat negeri (tapi) peringkat lebih besar.
“Itu (kedudukan Annuar), kita serah kepada pemimpin PAS Kelantan,” katanya.
PAS sebelum ini memberi jaminan Annuar tidak akan diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertembung dengan anaknya jika dicalonkan mewakili parti itu.
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, parti itu akan memastikan tiada pertembungan antara Annuar dengan anaknya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

