SPR belum terima perakuan kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima perakuan keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya berhubung kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak kepada Bernama hari ini.

“Belum terima apa-apa lagi secara rasmi,” katanya ketika ditanya sama ada SPR telah menerima notis kekosongan kerusi Parlimen itu daripada Hakim Mahkamah Pilihan Raya.

Pada 27 Jun lepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baca artikel berkaitan: PAS sedia jika PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong yang memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar kemenangan Ahmad Amzad itu berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Semalam peguam Wan Rohimi Wan Daud, yang mewakili Ahmad Amzad memaklumkan PAS tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Pada PRU15, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan memperoleh majoriti 40,907 undi selepas menewaskan tiga pencabar lain termasuk Mohd Zubir.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This