Jejambat runtuh di Bangkok, sekurang-kurangnya dua maut, 10 cedera

Dari Penulis

Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 10 lagi cedera selepas bahagian sebuah jejantas yang sedang dalam pembinaan runtuh di daerah Lat Krabang di Bangkok pada petang Isnin.

Bahagian jejambat bertingkat sepanjang 500 meter yang sedang dalam pembinaan runtuh ke atas jalan di bawahnya pada kira-kira 6 petang waktu tempatan.

Segmen itu, yang merupakan sebahagian daripada projek jalan bertingkat On Nut-Lat Krabang sepanjang 2.2 kilometer. Kejadian berlaku semasa segmen itu diangkat oleh kren sebelum ia terbalik menyebabkan struktur konkrit dan keluli itu jatuh ke atas kenderaan dan bangunan komersial. Bekalan elektrik di kawasan itu terputus dan hanya disambung semula menjelang tengah malam.

Pengawai pejabat daerah Krabang Chatchaya Kamjan berkata mangsa pertama terbunuh serta-merta apabila segmen itu runtuh.

Mangsa kedua ditemui pasukan mencari dan menyelamat ketika meninjau lokasi berkenaan.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Siasatan awal menunjukkan kren itu mungkin mengalami tekanan berlebihan atau terdapat kerosakan pada alat pengangkat.

Foto dan video yang tular di media sosial menunjukkan segmen yang runtuh dan kenderaan remuk di bawahnya.

— BERNAMA

Tuesday , 11 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This