PILIHAN raya negeri (PRN) pada kali ini menyaksikan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menghantar wakil yang banyak untuk bertanding.
Namun begitu, Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu yakin, kerusi-kerusi yang dipertandingkan calon parti itu akan membawa kemenangan.
“Amanah bertanding tidak banyak…Tetapi tempat yang kami bertanding itu yakin menang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajian Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi), hari ini.
Media melaporkan, Amanah Selangor mengesahkan akan bertanding di sembilan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Selangor bulan depan.
Baca artikel lain: Didakwa hina institusi diraja, Zahid nasihat Sanusi buat taubat nasuha
Pengerusinya Izham Hashim berkata, parti itu akan mempertahankan DUN Sabak, Meru, Pandan Indah, Hulu Kelang, Morib, Seri Serdang, Sungai Ramal dan Taman Templer yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Satu lagi kerusi adalah di Hulu Bernam, kami tukar dengan Barisan Nasional (BN) manakala kerusi Jeram mereka (BN) ambil,” katanya.
Mengulas mengenai calon Amanah Selangor, Izham berkata senarai calon parti itu akan dimuktamadkan hari ini oleh kepimpinan peringkat tertinggi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

